Bermula daripada sebuah perniagaan secara
sederhana di rumah, kini ianya memiliki sebuah kafe sendiri yang telah dikenali
oleh penduduk-penduduk di dalam dan di luar daerah Kluang iaitu Makwe Kluang
Cafe. Ditubuhkan pada 2015, Makwe Kluang Cafe dahulunya dikenali sebagai Makwe
Kluang Breakfast. Nama pengasas Makwe Kluang Breakfast ialah Puan Yaya Jebat. Nama “Makwe Kluang Breakfast” ini
di ambil sempena nama ibu pemilik cafe iaitu Siti Hawa atau lebih mesra
dipanggil dengan panggilan “Makwe” oleh ahli keluarganya. Pada awal
penubuhannya, Makwe Kluang Breakfast hanya menjual sarapan pagi sahaja dengan
mempromosikannya di Facebook, kemudian mereka mengambil tempahan makanan para
pelanggan melalui dalam talian iaitu secara (online) di Facebook, dan
Whatsapp.
Antara menu utama yang di jual ketika itu di Makwe Kluang Breakfast termasuklah Sandwich Telur, Sandwich Ori, Sandwich Spicy, Roti Jala, Mee Hoon, Nasi Lemak, Mee Hailam, Mee Goreng, Telur Mata (Add-On). Apabila para pelangggan membeli juadah-juadah di atas, mereka alam mendapat secawan air kopi secara percuma. Semakin hari, apabila juadah-juadah yang dijual mendapat sambutan dan permintaan tinggi oleh para pelanggannya, Makwe Kluang Breakfast pun meneruskan operasi tempahan makanan para pelanggannya sehingga larut malam. Perniagaan yang di usahakan di rumah ini, beroperasi secara berterusan sehingga tahun 2018.
Menjelang tahun 2019, berkat usaha yang dan rezeki
yang bertambah akhirnya Makwe Kluang Breakfast memiliki stall berniaga di Taman
Emas. Ketika itu, mereka hanya akan menyediakan sandwich apabila ada pelanggan
yang menempah sahaja bagi mengekalkan tahap kesegaran sandwich tersebut ketika
dimakan. Kemudian, Puan Yaya Jebat turut mendaftarkan perniagaan Makwe Kluang
Breakfast dalam syarikat penghantaran makanan iaitu FoodPanda. Melalui
FoodPanda, Makwe Kluang Breakfast mengambil tempahan makanan melalui applikasi
FoodPanda apabila ada pelanggan yang menempah makanan.
Sewaktu menjalankan perniagaan di stall Taman
Emas, Makwe Kluang Breakfast memiliki staf dan pembantu yang terdiri daripada
abang dan ibunya. Perniagaan ini sepenuhnya dibantu oleh ahli keluarga Puan Yaya pada ketika itu. Pada tahun yang sama juga iaitu pada tahun 2019,
barulah menu sandwich satu layer diperkenalkan. Keistimewaan sandwich ini ialah
semua golongan termasuk kanak-kanak boleh memakannya. Bahkan, sandwich ini
mampu bertahan dari pagi sampai malam tanpa risau akan basi. Menjelang sebulan
sebelum bulan ramadan 2019, menu Nasi Daging Tebako mula diperkenalkan. Menu
ini hanya dibuka tempahannya seminggu sekali sahaja dan dibuat dalam kuantiti
yang terhad kerana ketika itu Makwe Kluang Breakfast tidak memiliki kaki tangan
yang mencukupi untuk mengambil tempahan makanan.
Akhirnya, menjelang pertengahan Januari 2020 Makwe
Kluang Breakfast pun meniaga sandwich di hadapan kedainya yang belum siap
diubah suai di Taman Matahari. Pada awal Februari 2020, secara rasmi Makwe
Kluang Breakfast telah menukar nama kepada Makwe Kluang Cafe kerana telah
memiliki kedai sendiri untuk menjalankan operasi perniagaan. Menurut Puan Yaya Jebat, segala modal untuk membuka kafe adalah modal sendiri. Bahkan jika dahulu
di stall Makwe Kluang Breakfast di Taman Emas para pelanggan tidak boleh makan
dan melepak secara santai, kini di Makwe Kluang Cafe mereka boleh melakukannya.
Makwe Kluang Cafe mula berkolaborasi dengan Syarikat Dexignology sejak awal
sebelum kafe dibuka, bahkan rekabentuk kafe turut dilakukan oleh Syarikat
Dexignology.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan